FTG

Satu nama gergasi bagi peminat muzik Thrash Metal tempatan. Dengan 12 album di bawah kredibiliti FTG, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa mereka merupakan lagenda Thrash Metal Malaysia.

Bermula dari arena underground nama FTG kini menjadi satu nama yang sinonim dengan muzik Thrash Metal.

Dianggotai oleh 4 orang anak muda yang mempunyai cita cita yang sama dalam memperjuangkan muzik keras. Pada tahun 1991 FTG telah melahirkan sebuah album EP “Freedom That’s Gone”. Album tersebut sehingga kini disebut sebut sebagai lagenda.

FTG kini bernaung dibawah kelolaan Neo Gendang Record di mana mereka mempunyai visi dan citarasa yang sama iaitu melahirkan sebuah genre muzik yang lain dari yang lain dan mendapat perhatian dunia.

Singles remake “Anak Liar” yang pernah dipopularkan oleh kumpulan dari Ipoh SYJ telah mendapat sentuhan thrash metal dari FTG. Lagu yang pernah disampaikan oleh kumpulan SEARCH “Nombor” juga menjadi single pertama kumpulan ini untuk dipertaruhkan sejak bernaung di bawah Neo Gendang Record.

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama